ad ld

Sunday, April 19, 2015

Pegawai Bank Mati Ditikam Guard Mengamuk Di Taman Molek Johor (Gambar)

Seorang pegawai bank maut manakala seorang rakan sekerjanya cedera akibat ditikam seorang pengawal keselamatan yang tiba-tiba mengamuk di sebuah bank di Taman Molek.


Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Abdul Samad Salleh berkata kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang ketika pelanggan sedang menunggu giliran untuk berurusan di bank itu.

Menurutnya, suspek berusia dalam lingkungan 40-an menggunakan pisau untuk menikam pegawai lelaki itu di bahagian leher dan muka sebelum menyerang seorang pegawai wanita. Bagaimanapun, wanita itu hanya cedera dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan," katanya.

Suspek yang merupakan warga tempatan sempat ditahan di tempat kejadian susulan tindakan pantas orang awam memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis. Polis anggap kes ini selesai kerana sudah berjaya menahan suspek dan senjata yang digunakan juga telah dirampas.

"Soal berapa lama dia (suspek) berkhidmat (sebagai pengawal keselamatan) dan apakah motif dia berbuat demikian, semua itu sedang disiasat dan (rakaman) kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dalam bank akan diambil untuk membantu siasatan," katanya.

-- Aidana Turut Aktif Terbangkan Heli Nahas Tan Sri Jamaluddin Jarjis (Gambar)
-- Johan Cium Mulut Ozlynn Di ABPBH 2014 Dikritik Peminat (Gambar)
-- Erra Fazira Dan Engku Emran Bersatu Sambut Majlis Hari Lahir Engku Aleesya (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

No comments: