Gambar yang dimuat naik Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan, 34, di Instagram miliknya itu mencetuskan tanda tanya apabila dia menulis kapsyen seolah-olah Ramli telah menganiayanya. "Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukup lagikah pengorbanan yang saya lakukan?," tulisnya.
Dalam status yang dimuatnaik pada petang Ahad itu Alyah antara lain memohon kepada Allah sekiranya dia pernah menganiaya orang lain, moga Allah memberi petunjuk agar kembali ke jalan-Nya. "Namun jika aku yang dianiaya, aku mohon kepada-Mu, ya Allah, Kau angkatlah doaku juga dengarlah kesedihanku ya Allah..." tambahnya.
Sementara itu kepada BH Online Alyah berkata, Ramli telah berkahwin dengan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Siti Hafilah Che Kar secara sembunyi tetapi tidak diketahui bila tarikhnya. Malah Alyah turut mengucapkan terima kasih kepada wanita itu kerana menghancurkan rumah tangganya.
Dalam laporan itu Alyah turut mengatakan selama berkahwin dengan Ramli, dia seperti orang bodoh apabila suaminya itu sering menegah untuk mereka bergambar bersama dan memuat naik gambar-gambar di laman Instagram. Alyah juga menganggap kehidupan rumah tangganya sudah hancur dan menerima apa juga kesudahan dalam hidupnya itu. Pasangan itu bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013.
Perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu. Bagaimanapun mereka berjaya meyakinkan pihak penguatkuasa berkenaan selepas mengemukakan dokumen pernikahan itu.
-- Mejar Zaidi Ahmad Dipecat Kerana Komen Dakwat Kekal (Gambar)
-- (Gambar) Guru Maut Kemalangan Toyota Rush Dan Hilux Di Km 33.7 Jln Johor Bahru Kota Tinggi
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!