Menurutnya, adegan seperti itu 'benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk daripada liberal' dan 'jauh lebih teruk daripada memeluk anjing', merujuk kepada program I Want to Touch a Dog di Petaling Jaya, tahun lalu, yang mencetuskan kontroversi hebat.
Menurutnya, penyebaran video itu tidak dianggap membuka aib kerana gadis dalam rakaman itu sudah tahu bahawa program itu disiarkan secara langsung di media. "Taubat wajib bagi mereka yang terlibat, namun malang kerana video dosa mereka bakal tersebar selagi wujud YouTube," katanya.
Zaharuddin turut mengingatkan pengguna media sosial supaya tidak mengeluarkan kenyataan kesat atau maki hamun terhadap individu dalam video tersebut, sebaliknya menasihati mereka. Dalam perkembangan sama, pihak penganjur acara ini, TGM Events telah mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi ini.
Antara penjelasan yang dibuat menerusi kenyataan itu adalah sebelum acara bermula, hos acara mengingatkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan penyanyi tersebut. Mengenai klip parodi yang perlu dilakonkan semula, anggota B1A4 telah bertanya dan menjelaskan kepada peminat yang terpilih itu sama ada mereka tidak selesa dengan aktiviti berkenaan. Namun, peminat terpilih itu telah memberi kebenaran di atas pentas, di hadapan penonton lain.
-- Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
-- Perkahwinan Kedua Sharifah Aleeya (Gambar)
-- Syura Dirayu Bekas Suami Rujuk Kembali Kerana Masih Sayang Dan Demi Anak (Gambar)
-- Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!