Perodua menjangka untuk mencapai sasaran jualan 30,000 unit Perodua
Axia pada akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar
Rashid Salleh.
Beliau berkata sejak tempahan dibuka pada 15 Ogos, pihaknya menerima
tempahan sebanyak 13,500 unit, dengan tempahan harian antara 500 dan 600
unit.
"Kebanyakan permintaan ialah bagi varian Standard G, transmisi automatik
dan manual, yang menyumbang sekitar 50 peratus daripada jumlah
tempahan," katanya pada taklimat media mengenai pelancaran model itu Isnin. Ketika ini, Aminar berkata tempoh tempahan bagi model tersebut ialah 1.5 bulan dan tempoh maksimum dijangka di bawah dua bulan.
Semasa pelancaran tersebut, pengeluar kenderaan kompak itu turut
mengumumkan kedudukan harga yang lebih baik bagi semua varian Axia. "Kami terharu dengan sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan kami
menghormati kepercayaan itu serta sokongan, dengan memberikan yang
terbaik yang dapat kami tawarkan. "Senarai harga sebelum ini adalah bersifat sementara dan kami gembira
untuk mengumumkan bahawa kami dapat memberikan harga yang lebih baik
kepada pelanggan kami," katanya.
Harga tentatif bagi model tersebut ialah daripada RM24,900 kepada
RM45,300 manakala harga baharu ialah daripada RM24,600 kepada RM42,530. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin melancarkan Perodua Axia. Turut hadir Duta Jepun ke Malaysia Makio Miyagawa, Pengerusi Perodua Tan
Sri Asmar Kamaluddin dan Pengerusi Daihatsu Motor Co Koichi Ina. mstar
-- Proton Iriz Dan Perodua Myvi Jom Tengok Perbezaannya
-- Honda City 2014 Boleh Ditempah Sekarang (Gambar)
-- Rogol Jer Nora Danish Ramai2 Baru Best @muhd_akmal95 (Gambar)
-- Shila Amzah Pakai Gaun Pendek Dan Seluar Ketat ND Lala Beri Penjelasan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!