Perancis menang 5-2 ke atas Switzerland pada perlawanan Piala Dunia Kumpulan E di Arena Fonte Nova, Salvador, Sabtu.
Perancis mendahului 3-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan
Olivier Giroud pada minit ke-17, Blaise Matuidi pada minit ke-18 dan
Mathieu Valbuena pada minit ke-40.
Sebelum itu, Karim Benzema terlepas peluang menjaringkan gol ketiga
Perancis apabila sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol lawan. Namun, Benzema menambah derita Switzerland selepas rehat dengan gol keempat Perancis pada minit ke-67.
Sissoko Moussa melengkapkan gol kelima Perancis pada minit
ke-73. Switzerland merapatkan jurang dengan gol pertama jaringan Blerim
Dzemaili pada minit ke-81 dan Granit Xhaka pada minit ke-87.
-- Itali Dikalahkan Costa Rica Penyebab England Balik Awal Piala Dunia 2014
-- Keputusan Piala Dunia Columbia vs Ivory Coast Pecah Rekod 20 Tahun
-- Uqasha Senrose Kini Bertudung (Gambar)
-- Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!