England secara rasminya tersingkir daripada aksi Piala Dunia selepas Costa Rica
menang tipis 1-0 ke atas Itali dalam aksi Kumpulan D, awal pagi Sabtu.
Gol kemenangan Costa Rica dijaringkan ketua pasukan, Bryan Ruiz pada
minit ke-44. Kemenangan itu membolehkan Costa Rica yang mengejutkan
Uruguay pada perlawanan pertama, menduduki tempat teratas kumpulan
dengan enam mata daripada dua perlawanan dan layak ke pusingan kalah
mati.
Manakala England tewas dua perlawanan dan tanpa sebarang mata. Namun The Three Lions akan melengkap jadual perlawanan kumpulan bertemu Costa Rica pada 24 Jun ini. Itali dan Uruguay akan bertemu pada Selasa ini dan keputusan tersebut
akan menentukan nasib mereka bagi mengiringi Costa Rica pada peringkat
seterusnya selepas yang masing-masing memiliki tiga mata daripada dua
perlawanan. mstar
-- Datuk Rahmah Bekas Timb Menteri Sakit Alzheimer Diletakkan Di Pusat Jagaan (Gambar)
-- Uqasha Senrose Kini Bertudung (Gambar)
-- Keputusan Piala Dunia Columbia vs Ivory Coast Pecah Rekod 20 Tahun
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!