ad ld

Wednesday, May 21, 2014

Pelajar Malaysia Dirogol Bergilir Gilir Di Bandung

Seorang pelajar Malaysia yang menuntut Universiti Padjajaran di Indonesia yang merupakan mangsa rogol berkumpulan Sabtu lalu, dijangka pulang untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ketika kejadian pelajar tersebut dilaporkan meninggalkan rumah sewanya di Bandung, yang terletak tidak jauh daripada kampusnya di Jatinagor, untuk mengeluarkan duit apabila tiba-tiba seorang lelaki menekup mulut dan menariknya ke dalam kereta.


Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan tempat letak kereta yang terletak kira-kira 40 kilometer dia diculik. Menurut laporan itu, pelajar berkenaan berada dalam keadaan trauma dan kini dirawat di Hospital Hasan Sadikin di Bandung.

Ketua Polis Cimachi, Erwin Kurniawan berkata  empat lelaki telah menculiknya, tiga daripada mereka telah merogolnya secara bergilir-gilir. "Hanya pemandu kereta tersebut tidak merogolnya," katanya. Polis kini menunggu laporan perubatan sebelum mengambil tindakan selanjutnya. mstar

--  Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)
--  Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court
--  Zizie Ezette Dan Bung Mokhtar Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 4 (Gambar)
--  Noryn Aziz Mengandung Selepas 4 Tahun Kahwin Datuk Raja Kamarul Bahrin (Gambar) 

No comments: