ad ld

Tuesday, May 27, 2014

Anak Liyana Jasmay Bernama Sofia Arissa (Gambar)

Sofia Arissa binti Mohd Fathuddin adalah pengikat kasih serta lambang sebuah keutuhan mahligai yang dibina Liyana dan Fathuddin semenjak Februari tahun lalu. Sebelum ini, Sofia Arissa dikenali dengan nama manja Baby S oleh peminat pelakon ini melalui respon komen di laman Instagram miliknya.


Pada Selasa yang lalu, bertarikh 13 Mei 2014, anak bongsu kepada pasangan Dato’ Jasmay Md Shah dan Datin Habsah Simpon ini telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal seberat 2.9 kilogram, tepat pukul 7.40 di Pusat Perubatan Prince Court.

Selepas dilaporkan sihat dan tiada sebarang komplikasi dan sebagainya, Liyana yang cuba dihubungi bagi mendapatkan info telah disambut kenyataan daripada ibu aktres itu yang memberitahu bahawa semuanya akan diberitahu selepas tujuh hari kelahiran cucu terbarunya itu.

Liyana melalui laman sosial Instagram miliknya, dia telah memuatnaik nama anaknya dalam bentuk kad untuk diuar-uarkan kepada semua  tentang nama anak sulungnya, Sofia Arissa. Turut sama dikongsi dilaman Instagramnya adalah foto terkini Baby S dan suami tercinta, Mohd Fathuddin Mazlan. murai.com

--  Nana Mahazan Bersalin Anak Kedua (Gambar)
--  Noryn Aziz Mengandung Selepas 4 Tahun Kahwin Datuk Raja Kamarul Bahrin (Gambar)
--  Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court
--  Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)

No comments: