Wednesday, April 2, 2014

#MH370 Shila Amzah Dikecam Di China I Am A Singer

Shila Amzah semakin hari semakin menunjukkan taring dalam persembahannya. Disebabkan kemarahan China ke atas Malaysia berikutan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenyataan yang dibuat pihak kerajaan bahawa pesawat itu telah terhempas di lautan Hindi selepas berhari-hari operas mencari dan menyelamat dilakukan, tempiasnya turut terkena pada Shila Amzah yang kini masih berjuang dalam program realiti, I Am A Singer terbitan Hunan TV di China.


Begitu juga dengan beberapa penyanyi Malaysia yang terkenal di sana khususnya Fish Leong dan Gray Chaw. Pelbagai kata nista yang telah dilemparkan terhadap anak seni kelahiran tempatan ini termasuklah gelaran pembunuh.

Prihatin dengan sentimen segelintir masyarakat China yang sedang marah kerana beranggapan Malaysia sengaja menyembunyikan fakta sebenar tentang tragedi yang menimpa #MH370 serta tidak percaya bahawa bahawa pesawat itu telah terhempas di lautan Hindi, Sheila Amzah telah menaikkan posting di laman Isntagram peribadinya yang berbunyi: "“MH370 is not my fault...I'm very sorry, please.”

Kenyataan balas Shila Amzah berhubung isu kecaman segelintir masyarakat China ini nampaknya telah mendapat respon 14 ribu peminatnya yang rata-rata adalah daripada negara China sendiri. Kebanyakan mereka meminta Shila Amzah supaya bertenang dan jangan risau kerana tidak semua masyarakat China yang mengecamnya.

Malah, mereka juga memberitahu bahawa mereka memahami apa yang berlaku itu adalah satu tragedi dan ianya bukan salah Shila sama sekali. Bukan setakat itu saja, mereka juga memberitahu bahawa mereka akan sentiasa menyokong Shila dan berharap Shila tidak akan patah semangat (bukan patah seribu ya) untuk terus melebarkan bakat dan kerjaya seninya di negara republik tersebut. murai.com

--  Fariq Ab Hamid MH370 Dan Kapten Nadira Ramli Pilot Air Asia Rancang Kahwin (Gambar)
--  Fasha Sandha Mengandung Anak Kedua? (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

No comments:

Post a Comment

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!