Anak sulung Rozita Che Wan, Ammar Effendy berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM iaitu sebanyak 9A. Keputusan itu adalah bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Sains, Agama Islam, Sejarah, Ekonomi , Geografi dan
Akaun.
Ammar, 18, yang merupakan pelajar Kolej Yayasan Saad, Melaka, berkata,
dia tidak sangka memperoleh kejayaan tersebut, namun percaya berkat dan
doa kedua-dua ibu bapanya memudahkannya lagi mendapat keputusan yang
cemerlang.
"Alhamdulillah, syukur atas kejayaan ini. Selain usaha, saya percaya doa
ibu dan ayah membuatkan saya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. "Apa-apapun, ini baru sahaja permulaan untuk meneruskan cita-cita saya di bidang Pelaburan Pembankan," katanya.
Rozita pada pagi Khamis turut meluahkkan perasaan gembiranya menerusi foto sijil keputusan anaknya itu yang dimuat naik dalam Instagram miliknya dengan kapsyen:"Congratulation sayang. Im so proud of you." Ditanya apakah rahsia kejayaan Ammar sehingga mampu meraih keputusan
yang cemerlang, katanya, dia memastikan untuk mengulang kaji pelajaran
selepas habis sekolah bagi mengingati semula apa yang telah diajar di
sekolah. Malah, Ammar turut aktif dalam aktiviti sukan bagi meningkatkan daya ingatan serta kepantasan IQ dalam berfikir.
Tambah Ammar, dia akan melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan dan
Perniagaan di kampus Universiti Nottingham yang terletak di Semenyih
selama setahun bermula Mei ini. "Buat sementara waktu, saya akan belajar selama setahun di Semenyih
sebelum menyambung pengajian ke universiti tersebut di United Kingdom,"
ujarnya. Selain Ammar, Rozita turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Aniq Ezzra, 16. mstar
-- Suasana Pilu Shalwati Dan Adiknya Shalena Bertemu Di Sweden, Hari Lahir Aishah
-- Anak Perempuan Kapten Zaharie Aishah Di Australia Balik Malaysia
-- Enam Mati Overdose Dadah Di Stadium Bukit Jalil Selepas 10 Minit (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!