Kapal pertahanan Australia (ADV), Ocean Shield mengesan dua isyarat
baharu ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat pesawat
Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masih hilang sejak 8 Mac lalu. "Ocean Shield dapat mengesan semula dua isyarat pada petang dan lewat
malam (Selasa)," kata Ketua Penyelaras Pusat Penyelaras Agensi Bersama
(JACC) Australia, Angus Houston, Rabu.
Beliau berkata, satu isyarat 'ping' dikesan selama kira-kira lima
minit 25 saat, manakala yang ke dua untuk tempoh selama tujuh minit. Sebelum ini, Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan dua isyarat yang berlarutan sehingga lebih dua jam.
Misi mencari pesawat MAS kini memasuki hari ke-33 dengan 11 pesawat
tentera, empat pesawat awam dan 14 kapal dikerah ke kawasan meliputi
75,423 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi. Usaha itu kini menjadi misi mengejar masa memandangkan hayat bateri
kotak hitam itu hanya boleh bertahan dalam tempoh 30 hari dan paling
lama beberapa hari lagi selepas itu sebelum penghantaran isyarat
berhenti sepenuhnya.
Dalam satu kenyataan, JACC berkata pusat kawasan pencarian itu kira-kira 2,261km di barat laut Perth. Menurut JACC, usaha mencari di dasar laut diteruskan dengan ADV Ocean
Shield di hujung sebelah utara kawasan carian dan kapal China Haixun 01
dan HMS Echo di sebelah selatan. Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar
di Laut China Selatan sebelum diperluas ke bahagian barat Semenanjung
Malaysia, termasuk ke Laut Andaman dan Lautan Hindi selepas ada penemuan
menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal.
Pencarian dibahagikan kepada dua koridor iaitu koridor utara meliputi
sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan
koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi"
berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United
Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United
Kingdom. mstar
-- #MH370 Shila Amzah Dikecam Di China I Am A Singer
-- Noryn Aziz Mengandung Selepas 4 Tahun Kahwin Datuk Raja Kamarul Bahrin (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!