ad ld

Wednesday, March 5, 2014

Syamsul Yusof Nikah Di Hospital Jika Masih Ditahan Wad Suspek Demam Denggi

Syamsul Yusof, 30 kini ditahan di Pusat Perubatan Gleneagles, selepas disyaki menghidap demam denggi. Ibunya, Datin Patimah Ismail berkata, dia membawa Syamsul ke hospital pagi Selasa selepas mengadu sakit kepala dan demam teruk sejak dua hari lalu.


"Saya bawa Syamsul ke hospital pagi tadi lepas dia mengadu sakit kepala dan suhu badan dia sangat panas. "Pada mulanya saya ingat hanya demam biasa sahaja, tapi bila sudah dua hari demamnya semakin teruk, saya terus bawa dia ke hospital dan doktor syak ia mungkin demam denggi," katanya. Tambah Patimah, buat masa ini doktor masih lagi membuat pemeriksaan lanjut selepas mengambil contoh darah anak lelakinya itu untuk mengetahui penyakit sebenar.

Sementara itu, Patimah memberitahu, Syamsul sempat berjenaka akan bernikah di hospital jika keadaannya masih belum sihat pada hari pernikahannya yang bakal berlangsung 8 Mac ini. "Setakat ini doktor masih belum buat pengesahan rasmi tentang penyakit ini dan baru sahaja ambil darah untuk pemeriksaan lanjut. "Syamsul juga ada berseloroh untuk bernikah di hospital jika keadaan belum sihat menjelang hari pernikahannya nanti," ujarnya.

Patimah turut meminta peminat turut mendoakan agar kesihatan anaknya kembali pulih secepat mungkin. Syamsul Yusof dan tunangnya, Puteri Sarah Liyana dirancang akan bernikah pada 8 Mac ini di masjid Sri Damansara pada pukul 10 pagi. mstar

--  Al Quran Dalam Mangkuk Tandas, Dibuang Di Tangga Masjid Limbongan Terengganu (Gambar)
--  Wardina Jadi Duta Tilam, Berhijrah Ke Australia Bersama Keluarga
--  Nur Fathia Jumpa Keluarga Aiman Hakim (Gambar)
--  Cara Lindungi Diri Dari Jerebu 5 Langkah

No comments: