ad ld

Wednesday, March 12, 2014

Kapten Norudin Abdul Majid Dan Kapten Zaharie Kawan Rapat, Di Mana Sains Berakhir Di Situ Kuasa Allah Bermula (Gambar)

Kapten Norudin Abdul Majid memberikan pandangan dan ulasan yang bernas, penuh pengisian dan menginsafkan ketika diwawancara di TV3. Ramai yang kagum dan tertarik dengan apa yang diperkatakan Kapten Norudin mengenai MH370. Beliau adalah bekas Ketua Fleet B777 dan merupakan pilot pertama yang menerbangkan pesawat Boeing B777 ke Malaysia.


Kapten Zaharie Ahmad Shah pilot MH370 kawan baik Kapten Norudin. Semasa mula bertugas dengan MAS, Kapten Zaharie pernah tinggal bersama dengan Kapten Norudin. Secara peribadi Norudin sangat mengenali Zaharie dan keluarganya. Norudin menyifatkan Zaharie sangat berdedikasi, bertanggungjawab, sangat meminati penerbangan dan terlibat dengan R&D B777.

Kapten Norudin Abd Majid  sedang keluar berdakwah selama 40 hari bersama dengan Jemaah Tabligh. Kemudian beliau dipanggil oleh TV3 untuk berkongsi pandangan peribadi beliau berkaitan dengan kehilangan MH370 dan teman rapatnya kapten Zahrie Ahmad Shah Pilot MH370. Malah Kapten Zahrie pernah mengambil bahagian dalam kegiatan Jemaah Tabligh hasil ajakan Kapten Nurudin sendiri. Kapten Zahrie juga dilaporkan pernah menziarahi Syeikhul Hadith Maulana Abd Hamid di Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling dan beliau ada meluahkan keinginan beliau untuk membantu menyumbang ke atas pembangunan madrasah.

Antara kata-kata Kapten Norudin yang menusuk kalbu orang ramai,
"Allah menghantar peristiwa MH370 agar kita kembali kepadanya dengan rendah hati. Sains sifatnya ciptaan dan ciptaan pasti ada penciptanya.”

“Allah nak ingatkan kita bahawa dunia ini bukan milik kita. Dia yang menciptakan sains dan dia berkuasa ke atasnya. Allah berkuasa meletakkan manusia di mana sahaja.”Di mana sains berakhir di situ kuasa Allah bermula". sumber facebook

--  Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Bina Simulasi Boeing B777 Di Rumah (Gambar)
--  Shalwati Mengaku Pukul Ammar Mengamuk Lepas Bergaduh Dengan Aishah Di Sweden (Gambar)
--  Rozita Che Wan Mengandung Di Usia 41 Selepas 16 Tahun (Gambar)
--  Zed Zaidi Perlekeh Insiden Pesawat MAS Hilang, Mohon Maaf (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
--  Rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Di Laman Seri Disiasat Polis (Gambar)

No comments: