Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat. Ketua Pengarahnya Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan
pada Ahad berkata pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian
semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin
berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.
Katanya penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu
KPM, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk
Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM). "KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar
dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada
rombakan perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data termasuk
pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru,"
katanya.
Selain itu, antara tidakan yang diambil KPM ialah menubuhkan
Jawatankuasa Task force PBS di peringkat kementerian yang akan
mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai
perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS. "War Rooms PBS di peringkat KPM juga diwujudkan untuk menangani
isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan
termasuk membuat maklum balas segera mengenainya dari masa ke semasa,"
katanya.
KPM juga sedang melaksanakan usaha penambahbaikan terhadap capaian
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memastikan
guru boleh mengakses sistem itu dengan lebih mudah dan berkesan. Beliau juga memaklumkan bahawa KPM turut menangguhkan taklimat PBS di
peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula 17
Februari lalu untuk mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.
KPM juga, katanya, telah mengadakan perbengkelan melibatkan guru
termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula
pelaksanaan PBS pada Februari lalu dan hasilnya akan dibentangkan dalam
tempoh terdekat. "Kesemua tindakan itu diambil bagi memastikan setiap elemen
pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid
dan dalam masa sama mengurangkan beban guru yang melaksanakannya,"
katanya. mstar
-- Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama
-- Emosi Saya Terganggu Seumur Hidup Ammar Anak Azizul Di Sweden (Gambar)
-- Siapa Azizul Dan Shalwati Di Sweden Dari Pandangan Rakan Karib Mereka (Gambar)
-- Guru Sepak Tumbuk Pelajar Diarah Jalani Pemeriksaan Mental (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!