Anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan atas dakwaan
mendera berkata dia dipukul 'lebih seribu kali' dalam masa setahun. Menerusi rakaman video yang dibuat oleh polis Sweden pada Disember
lalu, Ammar berkata ibunya Shalwati Nurshal sering memukulnya apabila
dia menghentak-hentak kakinya atau menonton video di YouTube dan tidak
bersama keluarga untuk makan malam.
Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin iaitu pengarah Tourism
Malaysia di Stockholm, dibicarakan pada hari kedua di Mahkamah Daerah
Solna di sini atas tuduhan mendera anak-anak mereka. Ammar yang kelihatan gementar pada permulaan video itu bertanya jika ibu bapanya akan mengetahui mengenai temuduga tersebut.
"Saya rasa selepas ini ibu bapa saya tidak suka saya, tidak sayang
saya. Saya bimbang ibu bapa saya akan pukul jika mereka tahu saya tidak
di sekolah," kata Ammar (temuduga telah dijalankan oleh pihak polis
semasa waktu sekolah dengan kebenaran penolong guru besar). Ammar menerangkan tiga insiden yang menyebabkan dia dipukul iaitu
memasang muzik dengan kuat ketika dia sepatutnya menyiapkan kerja rumah;
apabila bergaduh dengan kakaknya Aishah semasa hendak ke sekolah dan
ketika dia belajar al-Quran dengan ibunya.
Shalwati dan Azizul Raheem kelihatan suram semasa menonton temuduga
yang dipertontonkan ketika perbicaraan itu dengan Shalwati menggigit
bibir dan suaminya menundukkan kepalanya. Apabila ditanya jika adik-beradiknya turut sering dipukul, Ammar
mendakwa mereka hanya dipukul kadang-kadang jika dibandingkan dengannya.
Walau bagaimanapun, Ammar beberapa kali menyebut bahawa dia 'layak
dipukul' kerana menurutnya hukuman itu dibuat kerana tindakan yang
sering melakukan kesalahan. Apabila ditanya siapa yang menentukan hak untuk dia dipukul, Ammar berkata dia yang menentukannya sendiri. mstar
-- Siapa Azizul Dan Shalwati Di Sweden Dari Pandangan Rakan Karib Mereka (Gambar)
-- Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama
-- Guru Sepak Tumbuk Pelajar Diarah Jalani Pemeriksaan Mental (Gambar)
-- ADO Wan Hariff Rafany Wan Muda Ditemui Mati Di Sungai (Gambar)
-- Emosi Saya Terganggu Seumur Hidup Ammar Anak Azizul Di Sweden (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!