Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menaja pasukan bola sepak
Kelantan 'The Red Warriors' (TRW) sebanyak RM1 juta bagi mengiklankan
'Visit Malaysia' pada jersi pemain bola sepak.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul
Aziz berkata arena sukan bola sepak negara diyakini sebagai medium
berpotensi memajukan sektor pelancongan negara sekali gus menjayakan
Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014), yang mendorong kepada penajaan
The Red Warriors. Beliau berkata TRW dipilih kerana mempamerkan kecemerlangan dan
kehebatan tersendiri dalam setiap perlawanan yang menjadikan pasukan itu
terus kukuh dan bertahan dalam arena bola sepak negara.
"Kehadiran mereka (pemain) di negara luar untuk setiap perlawanan
secara tidak langsung dapat mempromosikan TMM 2014 apabila ada 'Visit
Malaysia' di jersi yang mereka pakai ini dan masuk dalam tv
(televisyen). "Iklan seperti ini penting untuk menjayakan pelancongan negara. Misalnya ada pemain yang jatuh, kamera akan 'zoom' dekat kepada pemain
itu sekali gus orang ramai akan lihat 'Visit Malaysia' ini," katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Kelantan Fiesta 2014 dan melancarkan
Jersey & Kiosk TRW Ahad.
Mohamed Nazri yakin penajaan terhadap TRW akan membawa pulangan memuaskan. "Apabila kita 'sponsor' TRW ini dengan nilai RM1 juta, bagi saya ia
akan beri lebih banyak lagi pulangan yang lebih besar kepada
kementerian.
"Contohnya kalau ada 40,000 orang menonton perlawanan bola sepak,
kalau seorang penonton ini kita bagi nilai RM1 sudah jadi RM40,000. Ini
baru satu perlawanan. Kalau lima, enam perlawanan dah boleh jadi
banyak," katanya. mstar
-- Saya Dipukul Lebih Seribu Kali Setahun Ammar Anak Azizul Di Sweden
-- Emosi Saya Terganggu Seumur Hidup Ammar Anak Azizul Di Sweden (Gambar)
-- (Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary
-- Guru Sepak Tumbuk Pelajar Diarah Jalani Pemeriksaan Mental (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!