Komposer zaman filem-filem Shaw Brothers iaitu Kassim Masdor, 76, meninggal dunia pada Selasa di Singapura. Cucu Allahyarham Muhammad Kazhendra Kaskazan, 27, berkata,
Allahyarham dimasukkan ke Hospital Singapura kira-kira empat hari lalu
akibat asma.
Bagaimanapun katanya, pada malam Selasa keadaannya semakin kritikal
sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.25
malam. “Atuk tidak pernah menunjukkan ciri-ciri dia mempunyai penyakit
sehinggalah dia dimasukkan ke hospital kira-kira empat hari lalu. Keadaannya semakin lemah sehinggalah kami dikejutkan dengan
pemergiannya,” kata Muhammad Kazhendra.
Kassim yang menjadi bapa tunggal sejak tahun 1973 meninggalkan lima orang anak, 18 cucu dan empat orang cicit. Sepanjang hayatnya, Allahyarham mencipta berpuluh-puluh buah lagu
tema untuk filem-filem hitam-putih termasuk filem lakonan Allahyarham
Tan Sri P.Ramlee. Pada tahun 1968, ketika Shaw Brothers ditutup, beliau menjadi
komposer untuk syarikat rakaman EMI dan berjaya menerbitkan kira-kira 60
buah album.
Antara penyanyi yang pernah menyanyikan karya beliau ialah Datuk
Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Datin Rafeah Buang, Datuk
Sharifah Aini, Datuk Ahmad Daud dan juga Sudirman. Jenazah dijadual akan dikebumikan di Singapura sebelum solat Zuhur pada Rabu. mstar
-- Makan Mi Segera Boleh Mati?
-- Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
-- Isteri Ustaz Don Bersalin Anak Lelaki 3.5kg Bernama Don Mustofa Di Mesir (Gambar)
-- Farah Lee Isteri Ally Iskandar Mengandung 12 Minggu (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!