Pelakon Liyana Jasmay yang sedang hamil empat bulan akan berehat
seketika daripada dunia lakonan sehingga dia selamat bersalin yang
dijangka pada pada Mei 2014. Liyana, 25, bagaimanapun berkata, dia hanya akan memberi fokus kepada
beberapa promosi filem lakonannya yang bakal ditayangkan pada awal
tahun hadapan.
"Lakonan buat masa ini memang saya tidak akan buat dan hanya akan
menghadirkan diri untuk aktiviti promosi filem sahaja jika dijemput. "Bagaimanapun kerja-kerja belakang tabir dan menguruskan syarikat
iaitu Mermaid Studios akan dilakukan seperti biasa," katanya. Liyana dan Fathuddin Mazlan mendirikan rumah tangga pada 2 Februari 2013.
Dalam pada itu, Liyana berkata, dia mengalami alahan teruk pada tiga
bulan pertama kandungannya namun keadaan itu sudah beransur pulih. Jelas Liyana, suaminya adalah orang yang paling bimbang dengan situasi itu dan sentiasa berada di sisinya apabila memerlukan. "Saya beruntung ada suami macam Fathuddin kerana dia prihatin tentang saya dan melayan saya bagaikan seorang puteri," ujarnya.
Sementara itu, Liyana mengakui dia bimbang berat badannya tidak
meningkat seperti kebanyakan wanita hamil lain walaupun kandungannya
semakin membesar. Tambah Liyana, dia ada bertanyakan perkara itu kepada doktor dan berasa lega selepas diberitahu perkara itu adalah normal.
"Berat badan saya hanya bertambah dua kilogram sahaja pada peringkat
ini dan saya risau kerana kebiasaannya perempuan hamil badan mereka akan
meningkat. "Saya bimbang keadaan itu akan memberi kesan kepada kandungan saya
namun mujur doktor mengatakan keadaan saya sihat dan normal," katanya
yang tidak kisah akan jantina anak yang bakal dilahirkan nanti. mstar
-- Leuniey Natasha Mengandung 5 Bulan Makin Berseri (Gambar)
-- Yasmin Hani Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
-- Ibu Mengandung Mengidam Durian Belanda
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!