Kepantasan seorang budak lelaki berusia enam tahun berfikir
membolehkan dia berjaya melarikan diri daripada cengkaman penculik atas
kehendaknya sendiri apabila dia bertindak berlari meluru keluar dari LRT
yang dinaiki. Menurut kanak-kanak itu, dia telah ditangkap oleh seorang lelaki yang
memakai topeng ketika dia sedang bermain dengan kawan-kawannya di luar
flat di Bangsar pada Ahad.
Dia telah dibawa menaiki LRT dan selepas beberapa perhentian, dia
telah mengumpul keberanian dan berlari meluru keluar sebaik sahaja pintu
dibuka ketika kereta api berhenti di stesen Taman Melati kira-kira
pukul 4 petang. Budak lelaki itu hanya berhenti berlari apabila melihat seorang pegawai polis bantuan.
"Saya mahu lari tetapi saya takut. Tetapi apabila saya melihat pintu
terbuka dan dia sedang melihat tempat lain, saya hanya berlari keluar
selaju yang mungkin," katanya sambil menambah lelaki itu tidak
mengejarnya. Katanya, terdapat ramai orang di sekelilingnya tetapi dia tidak
berani meminta bantuan kerana bimbang lelaki itu akan mengapa-apakannya. Kanak-kanak itu kelihatan bersemangat tinggi dan berkata polis telah memberikan minuman dan mi untuk makan malam. mstar
-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
-- Lisa Surihani Dan Yusry Bercuti Di Sabah (Gambar)
-- Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!