ad ld

Tuesday, November 29, 2011

Datuk Dr Ramzi Dipenjara Setahun Krn SMS Ugutan

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang bekas setiausaha politik, Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir selepas didapati bersalah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan kepada tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN) serta memfitnah bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu dua tahun lalu.

Ahmad Ramzi, 39, yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh didapati menghantar SMS ugutan itu pada 13 April 2009 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Paka, Mohd. Ariffin Abdullah, Abd. Halim Jusoh (ADUN Permaisuri) dan Datuk Rosol Abd. Wahid (ADUN Ajil).

Hakim M. Bakri Abd. Majid memerintahkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap tuduhan dan dijalankan secara berasingan mengikut peruntukan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun.

Ahmad Ramzi dituduh melakukan kesalahan tersebut di rumah nombor E726, Kampung Kubang Parit antara pukul 11.21 malam dan pukul 11.25 malam pada tarikh tersebut dengan mesej SMS berbunyi, 'Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?'

Selain itu, Ahmad Ramzi juga dihukum penjara tiga bulan lagi selepas didapati bersalah memfitnah Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu, Wan Ahamad Wan Muda (kini Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri). Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Ramzi menghantar SMS ugutan itu melalui talian Internet menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad. kosmo

-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Majalah Lisa, Perhh
-- Video Drama Soffiya TV3 Episod 14

1 comment:

Nia said...

pergh..ugut mcm tu rupanya..seram!