ad ld

Monday, April 4, 2011

(Gambar) Murid 7 Thn Dipukul Meninggal Dunia, Guru Ditahan

Innalillah. Saiful Syazani Saiful Sopfidee berusia 7 thn yg dikatakan dipukul hampir 2 jam guru sekolahnya telah meninggal dunia. Td mula2 tgk gambarnya dlm metro, mmg sgt sedih keadaannya. Kenapa begitu kejam terhadap budak cmtu? Kalo betul dia bt salah pn, agak2 la nk ajar pn. X perlu naik hantu suka hati je belasah anak org teruk gitu. Sekarang budak tu dh mati, semoga si pelaku dpt balasan yg setimpal.

Sedih baca ayat ni,' Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal,” kata bapanya.

- Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini, Ahad. Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lepas. Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan. petikan mstar

- Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya.

Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan. Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit.

Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu. petikan hmetro

- Al Fatihah utk arwah.

-- (Video) Gadis Cuba Bunuh Diri Terjun Di KB Mall Kota Bharu Kelantan 24.3.11
-- (Gambar) Majlis Baby Shower Sazzy Falak
-- (Gambar) Mayat Lelaki Gantung Diri Kecewa Cinta Di Lrg Tmn Ayer Keroh Melaka

15 comments:

Unknown said...

innalillahi...

al fatihah atas arwah saiful..
sangat2 memalukan guru tersebut tegar membuat kanak2 seusia 7 tahun sebegitu..
moga arwah ditempatkan didalam golongan orang2 yang beriman

ieda said...

looor memang cikgu ini SYAITAN ! . aduhhh kalau ya punn murid tuuu mencuri ke haper ker .. aper hak ko nak pukul anak org sampai mati ! bodoh dan jahat cikguu nie ...

huhuhuhuh budak tu matiiiii ... kesiannnyaaaaaaaaaaa x dpt bayangkannnn huhuhu

shaza said...

memang kejam.. arwah baru 7 tahun.. sepatutnya kalau betul dia buat salah.., di nasihati bukannya di pukul teruk sampai macam tu sekali..

♥nyeto89♥ said...

YA ALLAH...SEDIHNYAAAA...AL FATIHAH BUAT ARWAH...

Unknown said...

alfatihah..
kenapa nak mengajar guna kekejaman..
semoga si pelaku dikenakan hukuman
penjara seumur hidup..
tak pun gantung sampai mati..

edane said...

al fatihah utnya... memang sanagt kejam cikgu tu. mmg tak berhati perut cikgu tu.. jahat!

amal said...

Al Fatihah.. sedih sangat baca berita ni. budak tu kecik je lagi. kalau betul dia salah kenapa kejam sekali cara menghukum dia..... hmmmmm..

LYAfrina said...

SEDIHNYA...
PADAHAL KALO NAK AJAR ADA BYK CARANYA.. BKNNYA BELASAH SMPAI BAWA MAUT CAMNI.. GURU SEKOLAH AGAMA DAH.. XKAN XTAU CARA RASULULLAH MENDIDIK ANAK2... BKN KEKERASAN MCM TU

Nuridah said...

Salam ziarah dan kenal

Al-fatihah...zalimnya pemukul itu sampai maut budak ni...sian pada keluarganya...apa yg dia tau di usia 7 thn ni...mana pergi keimanan cikgu itu??

Zue AnnaLeeya said...

mmg cikgu nih gila... klu budak tuh salah pon, xkan hukum kejam gitu skali... sedihnyer... akak trus tingat kt anak yg sebaya jerk dgn mangsa...
smoga rohnya dicucuri rahmat... amin.. Alfatihah...

dhiera said...

al-fatihah buat arwah dan takziah buat keluarga~
kejam sangat cikgu tu..tak berperikemanusiaan langsung, macam mana nak didik murid2~

mamaarifakeemaisy said...

sampai la ni, terfikir camna gaya cikgu tu pukul budak berusia 7 tahun..ya Allah...moga ramai la jadikan pengajaran n sempadan..sian keluarga budak tu..hu~ Al-fatihah buat arwah

baincardin said...

al Fatihah utk arwah..

Syida said...

tak terkata....

Nia said...

kalau nak kata budak tu yg provoke dia pun tak logik, budak 7 tahun, alahai,..hilang pertimbangan betul manusia zaman sekrg ni, tak terdetik ke rasa kesian masa belasah budak tu?