ad ld

Saturday, April 2, 2011

Harga Petrol Ron 97 Naik 20sen Kpd RM2.70 Seliter Mulai 2.4.11

Uols guna petrol RON 97 ke? Petrol RON 97 naik lagi beb, 20sen jadi RM2.70 seliter mulai 12 mlm td 2.4.11. Amacam, dh isi full tank ke kenderaan uols semlm? Tp kenaikan RON 97 x jadi kalut sgt mcm RON 95 kan, kalo x compem berduyun Q kt semua stesen minyak..huhu. Mau x Q, naik 20sen je tp kalo kete tu 50 liter full tank, maknanya harga lama RM2.50 X 50 Liter = RM125 n harga baru RM2.70 X 50 Liter = RM135. Beza RM10 tu, satu McValue Lunch dh lepas beb. Redha je lah.

- Petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti. Kenaikan itu, bagaimanapun, tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lepas. "Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat," katanya. kosmo

-- Keputusan Kelantan vs Harimau Muda A 1.4.11, Video Gol Solehin dan S Chanturu
-- (Gambar) Kemalangan Ngeri Kancil, Lori, Treler Di Jln Kota Bharu G Musang Dkt Paloh 3, 3 Maut
-- (Gambar) Rumah Lut Sinar Pelajar AF9 Di Jusco AEON AU2

2 comments:

Unknown said...

semua pakat dok naik la ni..
erm..

Ena said...

naik je memanjang.. gaji dok tang tu jugak.. haihh!!