Monday, January 17, 2011

Bas UiTM Arau Terbabas Di Km 334.1 Lebuhraya Utara-Selatan Dkt Tapah, 6 Pelajar Cedera

Alahai.. Ada lg kes bas terbabas, ni libatkan bas UiTM Arau Perlis yg dinaiki 35 pelajar plak..

TAPAH: Enam daripada 35 pelajar perempuan Universiti Institusi Teknologi Mara (UiTM) Arau mengalami cedera ringan selepas bas yang mereka naiki terbabas dan tercampak ke dalam longkang di tepi lebuhraya Km334.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Supritendan Roslan Bek Amad berkata pemandu bas itu bersama pembantunya turut mengalami cedera ringan dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.15 pagi itu. Beliau berkata semua mangsa yang cedera
berusia dalam lingkungan 20-an diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tapah dan mereka dibenarkan keluar tengah hari tadi.

"Ketika kejadian, semua pelajar itu dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Arau, Perlis, selepas menghadiri program usahawan pintar di Dewan MCA, Jalan Ampang, anjuran koperasi Shamelin semalam," katanya di sini, Isnin.

Roslan berkata bas itu dikatakan gagal dikawal semasa tiba di tempat kejadian lalu terbabas sebelum tercampak ke dalam longkang di tepi lebuhraya berkenaan, dan semua pelajar itu menaiki bas gantian untuk pulang ke UiTM tengah hari tadi. mstar

-- Klik utk: -- Gambar Kemalangan Ngeri 12 Maut 40 Cedera Libatkan 2 Bas, 1 Van Dan 3 Kereta Di Km 223 Plaza Tol Simpang Ampat 10.10.10

-- (Gambar) Bas IKM Jasin Terbalik Dlm Longkang Di Km 304.5 Lebuhraya Utara Selatan 
-- (Gambar) Bas Ekspres Delima 10.10.10 Dipandu 120km/j - Kong 
-- (Gambar) Lg Bas 2 Tingkat Terbabas 
-- (Gambar) Bas Pelancong Thai Terbalik Di Km 15 Jln Cameron Highlands - Simpang Pulai 20.12.10 

No comments:

Post a Comment

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!