ad ld

Tuesday, October 26, 2010

Hidup Bwh Jambatan: Ibu Maafkan Dosa Siti Faezah

KUALA LUMPUR – Ibu kepada Siti Faezah Abu Baka bertekad untuk membawa keluarga anaknya yang sebelum ini hidup merempat di bawah jambatan di sebatang lebuh raya di sini pulang ke rumahnya di Segamat, Johor bagi memulakan hidup baru.

Siti Rohani Abdullah, 52, berkata, dia gembira kerana selepas enam tahun berpisah dengan anak keenam daripada 10 adik-beradik itu, mereka akhirnya dipertemukan dengan bantuan Biro Aduan Komuniti UMNO.


Siti Rohani telah dibawa ke sini oleh ahli-ahli biro itu dari rumahnya di Ladang Sungai Selarut, Segamat kira-kira pukul 11 pagi semalam untuk dipertemukan semula dengan Siti Faezah, 27.

Pertemuan itu adalah rentetan daripada usaha membantu keluarga Siti Faezah, suaminya, Hazmain Abdul Jalil, 28, dan anaknya yang baru berusia setahun, Siti Norafida yang ditemui merempat di kolong jambatan Lebuh Raya Maju Expressway di sini sejak empat bulan lalu.

“Kami terputus hubungan selepas telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi. Saya pun selalu berharap dia menelefon saya kerana dia tahu nombor saya. “Kali terakhir kami berjumpa adalah pada bulan puasa tahun 2004,” ujar Siti Rohani selepas dipertemukan dengan Siti Faezah di sini semalam.

Sebelum ini, menurut Siti Rohani, dia sudah lama mencari anaknya itu termasuk cuba mendapatkan maklumat daripada rakan rapatnya di Johor, namun tidak berhasil.

Pada pertemuan itu, Siti Faezah dan ibunya tidak dapat menahan kesedihan dan mereka saling berpelukan dan menangis teresak-esak selama lebih 10 minit. - kosmo

2 comments:

eB ezrin said...

camner leh jadik gitu yer?... nauzubillah

fairus said...

Baik ada orang dari UMNO datang membantu.. Mgkin sebelum ni terlepas pandang kot..