ad ld

Saturday, September 11, 2010

Terkini Kes Sosilawati : Peguam Dikehendaki Ada Rekod Jenayah?

Seorang peguam yang dipercayai antara senarai individu paling kehendaki dalam kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, disyaki mempunyai rekod jenayah kes penipuan di Selangor. Menurut sumber yang rapat dengan Sosilawati, peguam bergelar Datuk dan berusia 40-an itu juga pernah berurusan dengan beberapa ahli politik di negeri terbabit atas urusan jual beli tanah.

Sumber itu mendakwa, salah seorang daripada ahli politik terbabit yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut terlibat dalam urusan penjualan tanah yang ingin dibeli oleh Sosilawati. Selain itu, peguam tersebut juga ada memberikan sekeping cek bernilai RM1 juta kepada Sosilawati baru-baru ini, menurut sumber itu. "Cek itu kemungkinan mempunyai kaitan dengan urusan beli tanah antara mereka, namun ia hanya boleh ditunaikan pada September ini.

"Sosilawati mengenali peguam itu kerana pernah beberapa kali berjumpa dengannya sebelum ini untuk membincangkan urusan pembelian tanah. "Kali terakhir ialah sebelum beliau dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sosilawati yang merupakan Pengasas Nouvelles Visages dikesan hilang bersama pembantu peribadinya, Kamarudin Samsudin, 47, pegawai bank CIMB, Norhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, sebaik sahaja meninggalkan pejabatnya. Misteri kehilangan Sosilawati bagaimanapun menemui petunjuk baru apabila kereta BMW X5 berwarna hitam milik wanita itu yang dipercayai ditinggalkan dalam keadaan tergesa-gesa akhirnya ditemui di kawasan letak kereta di Flat USJ1, Subang Jaya, 6 September lalu. - Sumber: Utusan

No comments: