FIFA enggan mengulas mengenai kesilapan pegawai perlawanan yang  menafikan England satu gol dalam kekalahan 4-1 kepada Jerman pada  perlawanan Piala Dunia semalam. 
England percaya ia memperoleh gol apabila rembatan Frank Lampard terkena  palang gol dan melantun masuk sebelum melantun ke palang sekali lagi. 
Pengadil Uruguay, Jorge Larrionda, mengarahkan permainan diteruskan  tetapi ulang tayang televisyen menunjukkan bola sudah melepasi garisan  gol. Gol itu sepatutnya menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-38 di  Bloemfontein. 
Pada perlawanan kemudian, pegawai perlawanan melakukan satu lagi  kesilapan apabila membenarkan gol pertama Argentina dalam perlawanan  menentang Mexico. Argentina akhirnya menang 3-1 di Soccer City.
Ulang tayang menunjukkan Carlos Tevez dalam kedudukan ofsaid dengan  tiada pemain pertahanan di antara beliau dan gawang apabila beliau  menanduk masuk pintu gol yang ternga-nga hasil umpanan Lionel Messi pada  minit ke-26. 
Pengadil Itali, Roberto Rosetti, membenarkan gol itu selepas  berbincang dengan pembantunya ketika pemain Mexico mengelilingi mereka  untuk membantah..- AP
2 comments:
argentina vs jerman lah nampaknye..
Kf: tu lah nmpknya...
Post a Comment