Tuesday, June 29, 2010

AWAN BERBENTUK JENAZAH Di Kota Bharu (Gambar)

KOTA BHARU - Dua anggota tentera terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.


Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi. Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut.

"Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut. "Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dari langit," katanya ketika ditemui semalam.

Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut. - Kosmo

--  Bayar Roadtax, Insurans Kereta Online Guna Myeg.com, Mudahnya
-- (Gambar) Ikan Paus 4 Tan Ditemui Di Pulau Sayak
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- (Gambar) Air Mata Pokok Petai / Pokok Petai Menangis 

5 comments:

  1. Astagfirullah...macam2 zaman skang kan? dulu ingat x masa kecoh ada kalimah Allah..ada yg kata pantulan cahaya hasil perbuatan manusia..xtau ler..orang ni macam2 andaian untuk menidakkan kuasa tuhan..

    ReplyDelete
  2. a'a lakak.. kelihatan seperti jenazah.. subhanallah..

    ReplyDelete
  3. Eily: Salah satu tanda kuasa Allah..
    Subhanallah..

    ReplyDelete
  4. ade keluar dlm paper tak mama hanim?

    ReplyDelete

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!