ad ld

Friday, November 1, 2013

Komuter KTMB Tergelincir Di Rawang (Gambar)

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan 15 buah bus untuk mengangkut penumpang yang terkandas akibat tren Komuter tergelicir berhampiran stesen Rawang pagi Jumaat. Jurucakap KTMB, berkata bas berkenaan adalah untuk mengangkut penumpang yang sedang dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Ipoh.


Wakil KTMB itu menjangkakan gerabak tren Komuter yang tergelincir dekat stesen Rawang pagi tadi dijangka dapat dialihkan sepenuhnya menjelang pukul 10 malam Jumaat. "Insya-Allah, semuanya akan selesai menjelang pukul 10 malam. Hampir 70 peratus kerja-kerja pengalihan selesai," kata Pengurus Wilayah Tengah KTMB Md Rosli Md Nor kepada pemberita.

Flat Kerinchi PKNS Terbakar (Gambar)

Kebakaran di pangsapuri PKNS menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang laluan kedua-dua arah di Lebuhraya Persekutuan dekat Kerinchi pada Khamis. Kesesakan itu bermula berikutan kejadian ribut di Lembah Klang dan keadaan bertambah teruk apabila pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang.


Kebakaran itu menyebabkan enam unit kediaman di bahagian atas pangsapuri di Kampung Kerinchi tersebut musnah. Difahamkan kebakaran bermula dari dapur. mstar

-- Fizo Omar Lamar Mawar Fareeda Di Pawagam E-Curve (Gambar)
-- Pernikahan Diana Amir Dan Habibbullah Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)