Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan 15 buah bus untuk
mengangkut penumpang yang terkandas akibat tren Komuter tergelicir
berhampiran stesen Rawang pagi Jumaat. Jurucakap KTMB, berkata bas berkenaan adalah untuk mengangkut penumpang yang sedang dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Ipoh.
Wakil KTMB itu menjangkakan gerabak tren Komuter yang tergelincir
dekat stesen Rawang pagi tadi dijangka dapat dialihkan sepenuhnya
menjelang pukul 10 malam Jumaat. "Insya-Allah, semuanya akan selesai menjelang pukul 10 malam. Hampir
70 peratus kerja-kerja pengalihan selesai," kata Pengurus Wilayah Tengah
KTMB Md Rosli Md Nor kepada pemberita.
