Polis telah menahan dua penuntut institut pengajian tinggi
awam (IPTA) kerana memuat naik video berbaur provokasi di media sosial
kerana mempertikaikan ketelusan sistem kehakiman di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua penuntut
IPTA yang ditahan itu merupakan mahasiswa daripada Unisel dan Universiti
Sains Malaysia (USM) dan mereka telah ditahan pada Selasa dan akan
direman. Beliau berkata demikian di akaun Twitter miliknya, pada Rabu.
