Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Pelantikan berkuatkuasa 23 September 2014 itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa
menerima surat pelantikan yang ditandatangani Setiausaha Sulit kepada
Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, petang Isnin.