Seorang pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya
melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di
Kampung Bintang, awal pagi semalam. Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan
dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru
sebulan.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed
berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat
latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam
Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.