“KAWASAN bangunan berhawa dingin patut dianggap seperti dalam pesawat. Kenapa penumpang boleh bersabar dan patuh arahan tidak merokok dalam pesawat tetapi ingkar arahan dilarang merokok dalam bangunan,” kata Syed Khairul Afizi Syed Ahmad.
Hujah Naib Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi A&B itu cukup mudah, katanya jika penumpang pesawat boleh bertahan sehingga lebih 10 jam, kena mereka tidak melakukan perkara sama dalam tempoh waktu bekerja lapan jam sehari.
Katanya, kawasan dibenarkan merokok patut dihapuskan terus dan diubahsuai dengan secepat mungkin bagi mengelak aktiviti merokok dalam bangunan terus berulang. Tegasnya, ia perlu dilaksanakan pada semua peringkat, baik sektor awam dan swasta.
Memberikan contoh jika wanita mengandung disahkan penghidap penyakit berpunca daripada asap rokok dalam bangunan menyebabkan bayi dalam kandungan juga terjejas, Syed Khairul menegaskan ia sebenarnya adalah satu bencana.
“Cuba fikirkan, jika kita menjadi penyebab sesuatu bencana dan bayangkan mangsa yang terkena penyakit itu adalah isteri atau saudara mara kita, tidakkah wujud sedikit rasa bersalah dalam diri. Memang kita akui, tabiat merokok sukar dibuang tetapi ia masih boleh dikawal,” katanya.
Selain itu, beliau juga bersetuju jika kerajaan menaikkan jumlah cukai rokok bagi memastikan perokok terutama yang berpendapatan rendah berfikir 20 kali untuk menghabiskan duit membeli rokok.
Hakikat itu diakui Pengarah Urusan Aeroline Autotech (M) Sdn Bhd, Mohd Karim Abdul Rahman yang menyifatkan perokok sebenarnya berada dalam kelas paling bawah dalam kalangan pekerja di pejabat dan mereka perlu dipulau jika masih berdegil merokok dalam kawasan larangan.
“Kerajaan patut wartakan lebih banyak kawasan larangan merokok supaya ‘zon panas’ itu semakin kecil. Itupun masih ada yang ‘curi-curi’ merokok dalam tandas atau di tangga. Sebab itulah saya katakan mereka ini berada dalam kasta paling bawah.
“Apa guna kerajaan dan majikan lekatkan poster besar ‘Dilarang merokok’ di dalam tandas, jika kawasan itu dipenuhi puntung rokok dan berbau busuk. Sedangkan semua sudah maklum, merokok tidak bagus untuk kesihatan,” katanya.
Beliau turut menyarankan kawasan merokok patut diasingkan terus daripada bangunan berhawa dingin kerana setakat ini bilik merokok masih beroperasi di bangunan sama yang dikongsi majoriti golongan sihat yang tidak merokok.
Tinjauan mendapati banyak bangunan tumpuan ramai terutama pusat beli belah masih berlaku kegiatan merokok di dalam tandas dan kawasan tangga membuktikan kurangnya aktiviti penguatkuasaan pengurusan bangunan atau majikan.
Walaupun terpampang besar poster larangan merokok, ia dianggap sekadar gimik oleh golongan perokok kerana mereka tidak pernah didakwa atau dikenakan hukuman.
-- Sumber : bharianonline.
ad ld
Showing posts with label rokok. Show all posts
Showing posts with label rokok. Show all posts
Friday, June 18, 2010
Thursday, June 3, 2010
Ciuman perokok boleh bunuh kanak-kanak: Pakar
MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.
Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya pada kerongkong mereka.
"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium.
"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," katanya seperti dipetik laporan Australian Associated Press.
Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia. - Bernama.
--> Sumber bharian.com.

Labels:
berita,
info,
kanak-kanak,
kesihatan,
rokok
Subscribe to:
Posts (Atom)