ad ld

Showing posts with label program baucar kerja bantuan RM35 miskin bandar kementerian sumber manusia. Show all posts
Showing posts with label program baucar kerja bantuan RM35 miskin bandar kementerian sumber manusia. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Program Baucar Kerja Bantuan RM35 Sehari Untuk Miskin Bandar

Individu berpendapatan bawah RM3,000 di kawasan bandar, layak mendapat bantuan RM35 sehari menerusi program Baucar Kerja yang diselia oleh Kementerian Sumber Manusia. Dilancarkan pada peringkat perintis pada April ini, ia akan menyaksikan penglibatan seramai 100 peserta yang tergolong di bawah tahap miskin bandar.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JobsMalaysia), Yusuff Harun berkata bantuan tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.