Beberapa jalan utama di bandaraya ini dihiasi gegantung ‘Kejohanan
Muay Thai Piala Menteri Besar’ yang akan berlangsung September depan di
Stadium Sultan Abdul Halim, namun kewujudan gegantung peserta wanita
berpakaian seksi mencuri tumpuan apabila ia menjadi bualan di laman
sosial.
Tinjauan Sinar Harian di sekitar bandaraya ini mendapati promosi
kejohanan itu sudah bermula sejak awal Ogos, dengan memasang gegantung
di jalan-jalan utama. Promosi menerusi laman Facebook juga dilakukan pihak penganjur, termasuk di laman sosial antarabangsa sukan Muay Thai.
