Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menaja pasukan bola sepak
Kelantan 'The Red Warriors' (TRW) sebanyak RM1 juta bagi mengiklankan
'Visit Malaysia' pada jersi pemain bola sepak.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul
Aziz berkata arena sukan bola sepak negara diyakini sebagai medium
berpotensi memajukan sektor pelancongan negara sekali gus menjayakan
Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014), yang mendorong kepada penajaan
The Red Warriors. Beliau berkata TRW dipilih kerana mempamerkan kecemerlangan dan
kehebatan tersendiri dalam setiap perlawanan yang menjadikan pasukan itu
terus kukuh dan bertahan dalam arena bola sepak negara.
