ad ld

Showing posts with label perdana diganti honda accord. Show all posts
Showing posts with label perdana diganti honda accord. Show all posts

Friday, November 8, 2013

Honda Accord Ganti Perdana Kereta Rasmi Kerajaan PRM (Gambar)

Honda Accord menggantikan Proton Perdana Executive sebagai kereta rasmi kerajaaan tak lama lagi. Ini dikuatkan lagi dengan kemunculan model ujian yang telah dilihat di jalanan seperti gambar ini. Model Penggantian Perdana PRM ini dibina berdasarkan Honda Accord generasi terdahulu dan bukan mengikut versi Accord terbaru.


Beberapa ciri asal Honda Accord seperti logo di stereng dan grill mungkin diubah seperti mana berlaku pada Inspira berasaskan Mitsubishi Evo. Pepun, kita tunggu dan lihat hasilnya nanti kan. sumber: paultan

-- Toyota Estima Previa Harga Spesifikasi Warna Dan 3 Tahun Waranti (Gambar)
-- Love You Mr Arrogant Episod Akhir Sinopsis
-- Rozita Che Wan Bercuti Di Paris (Gambar)

Thursday, September 19, 2013

Honda Accord Ganti Perdana Kereta Rasmi Kerajaan?

Kerajaan Persekutuan telah memilih Model Penggantian Perdana (PRM), mengubah rancangan awal untuk menggantikan Proton Perdana Eksekutif dengan Honda Accord. Menurut sumber, Proton telah diberikan lampu hijau untuk meneruskan rancangan pembinaan model PRM, yang dijangka diumumkan pada Disember.


Difahamkan PRM akan dibina berdasarkan casis Honda Accord dan Proton akan melakukan beberapa perubahan dari segi kemasan dan spesifikasi, sama dengan perubahan sebelumnya yang dilakukan kepada Proton Inspira yang pada dasarnya adalah Mitsubishi Lancer. Bagaimanapun, sumber-sumber berkata Proton mempunyai rancangan lain dengan Fasa 2 yang melibatkan perubahan yang berlainan terhadap penampilan dan enjin yang akan dilancarkan pada tahun 2015.