Perodua menjangka untuk mencapai sasaran jualan 30,000 unit Perodua
Axia pada akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar
Rashid Salleh.
Beliau berkata sejak tempahan dibuka pada 15 Ogos, pihaknya menerima
tempahan sebanyak 13,500 unit, dengan tempahan harian antara 500 dan 600
unit.
