Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama
perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20,
disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah
Syariah Kulim. Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.
Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43,
berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan
menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan. Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar
keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak
bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.
