Penduduk di sekitar Pasir Mas kini merasai pengalaman baru iaitu berada dalam cuaca sejuk. Tinjauan The Star di daerah itu pada pagi Khamis mendapati rata-rata pelajar sekolah memakai jaket sehingga ke dalam kelas.
"Sekarang cuaca sejuk pada setiap pagi dan ia akan berterusan selama
beberapa jam, sebab itu saya memakai jaket ke sekolah. Sebelum ini saya
hanya berasa sejuk pada musim tengkujuh," kata Nurul Masturina Husna
Mohamad pelajar tahun enam. Seorang penduduk, Razali Che Kob, 38, berkata, suhu di kawasan itu kini turun kepada 17°C pada pagi Rabu.