ad ld

Showing posts with label masalah mental. Show all posts
Showing posts with label masalah mental. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

(Gambar) Gaduh 2 Beradik: 2 Rumah 1 Kereta Terbakar Di Alor Setar

ALOR SETAR - Puncanya masalah kewangan. Rentetan itu, dua beradik lelaki bergaduh sehingga rumah mereka dan sebuah rumah jiran hangus dalam kejadian di Kampung Seberang Perak dekat sini kelmarin.

DUA buah rumah yang hangus ekoran pergaduhan dua beradik di Kampung Seberang Perak, Alor Setar kelmarin

Turut musnah dalam kejadian pada pukul 8 malam itu ialah sebuah kereta milik ahli keluarga dua beradik itu.

Wednesday, August 25, 2010

Ya Allah, Ngerinya - Bapa Sembelih Mati Anak 3 Tahun

Kota Bharu: Seorang bapa yang dipercayai sakit mental menyembelih anak sendiri berusia tiga tahun sebelum cuba membunuh diri di Kampung Sungai Keladi, dekat sini, pagi tadi.

Adik-beradik kepada kanak-kanak (foto) yang disembelih bapanya ditenteramkan saudara mereka.

Dalam kejadian 11.50 pagi itu, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini. Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini dipercayai sudah lama tidak mendapatkan rawatan penyakit mentalnya itu. - bharian

- Mayat Mohd. Adam Muszhaffar ditemui terbaring berlumuran darah oleh ibunya, Nik Suzila Nik Hashim, 32, yang menyedari kejadian selepas mendengar jeritan kuat daripada anak lelakinya itu. Selain Mohd. Adam Muszhaffar, pasangan itu mempunyai dua lagi anak perempuan iaitu Siti Aishah, 2, dan Shafiqah, 8.

Nik Suzila ketika ditemui berkata, sebelum kejadian, suaminya mengadu berasa panas sebelum duduk di bahagian bawah rumah berhampiran bilik air rumah mereka. “Selepas mendengar anak saya menjerit saya berlari ke tandas kerana bimbang dia terjatuh, tetapi bila saya sampai saya lihat dia (suami) sedang menyembelih Adam, saya tidak boleh buat apa lagi, Adam sudah meninggal dunia.
“Saya kemudian berlari ke rumah emak untuk meminta tolong dan orang ramai mula datang ke rumah bagi memberikan bantuan,”  - Utusan

- Semoga roh Mohd Adam dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Wednesday, July 21, 2010

Penoreh Temui Mayat Gadis Bogel Terikat Pada Pokok

Mayat seorang gadis dalam keadaan bogel dengan kaki kanan terikat pada sebatang pokok ditemui di Estet Sungai Bagan, semalam.


Mayat dipercayai berusia 20-an dengan kesan tikaman pada dada kiri ditemui di tebing anak sungai dalam ladang itu oleh seorang penoreh getah kira-kira jam 1.15 tengah hari. - bharian

-- Manusia semakin kejam..