Selepas sembilan minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega
2013 (MLM 2013) menjadi milik kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh
Jepp, Rahim dan Shuib apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang
berlangsung di Stadium Malawati. Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.
Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Shiro yang disertai oleh
Shahrul dan Ajak. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000
berserta sebuah trofi. Sementara itu kumpulan Bocey mendapat tempat ketiga dan mereka
menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi. Bocey Turut memenangi kategori Man of the Match.