Konsert minggu pertama Akademi
Fantasia 2014 (AF2014) membuat kejutan apabila mengumumkan bekas
penyampai radio Hot FM iaitu Faizal Ismail sebagai pengacara program
tersebut bersama Zizan Razak bermula minggu hadapan.
Faizal yang lebih dikenali dengan
panggilan FBI muncul pada segmen terakhir konsert yang sepatutnya
mengumumkan penyingkiran peserta pertama daripada konsert itu. Konsert itu berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.