Seorang staf pasukan T-Team membuat laporan polis berikutan seorang
pegawai dan pemain pasukan itu yang didakwa telah ditumbuk dan ditendang
di terowong ke bilik persalinan Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos,
Johor Bahru pada Sabtu. Laporan polis itu dibuat di Kuala Terengganu pada Ahad selepas
pasukan T-Team tiba dari Johor tanpa menamatkan perlawanan menentang
skuad JDT dalam pusingan kedua Piala FA.
Mengikut laporan polis yang dibuat, pegawai pasukan terbabit mendakwa
kejadian berlaku pada pukul 9.40 semasa pemain sedang menuju ke bilik
persalinan sebaik sahaja tamat separuh masa pertama. Menurut laporan polis itu, seorang pemain import T-Team, Elvaldo Rodriguez Goncalves Cardoso telah ditumbuk di muka.