Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengharamkan kumpulan
penyokong bola sepak yang menamakan diri mereka 'Inter Johor Firms'
(IJF) daripada memasuki Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos seumur
hidup.
PBNJ, dalam kenyataan menerusi laman sosial rasminya pada Isnin,
menyebut kumpulan IJF itu diharamkan daripada memasuki mana-mana stadium
yang membabitkan perlawanan pasukan Johor.