Selepas hampir lima jam bersidang, akhirnya keputusan mengenai
perlawanan pusingan kedua Piala FA Sabtu lalu di antara Johor Darul
Takzim (JDT) dan T-Team dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan
Tempatan (JKPT) pada Khamis. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin
Mohd Amin mengumumkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) diberi kemenangan
3-0 ke atas T-Team dan mara ke suku akhir.
"Kami membuat pertimbangan dalam semua perkara yang berkaitan,
memangil semua pihak termasuk kedua-dua pasukan (JDT dan T-team),
pengadil, pegawai perlawanan dan juga pegawai penyelaras. "Setelah mengambil kira semua keterangan dan laporan temuduga yang
dibuat dari pagi hingga petang ini (Khamis), kami sebulat suara membuat
keputusan ini," jelasnya selepas mesyuarat tersebut.
