Impian Intan Maizura Othaman, isteri kepada kru pesawat Penerbangan
Malaysia (MAS) MH370 yang terbabit dalam nahas 8 Mac lalu untuk memiliki
jenama busana muslimahnya sendiri akhirnya menjadi kenyataan.
Mahu bangkit dari kepiluan sejak insiden itu, isteri kepada pramugara
pesawat malang itu, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan kini tampil lebih yakin
dengan rekaan jubah dan hijab menggunakan label Diamonds by Diamond.