ad ld

Showing posts with label harga Proton Inspira baru. Show all posts
Showing posts with label harga Proton Inspira baru. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

(Gambar) Proton Inspira Ganti Perdana Sbg Kereta Rasmi Pegawai Kerajaan?

Inspira digunakan sbg kereta rasmi pegawai kanan kerajaan?  Perhhh.. makin segak bergaya la beb.. Bodykit cun, speed pn hebat.. Driver pn best je, drive ala2 Lancer katakan..hehe..

- SUBANG JAYA - Proton Inspira atau Proton Perdana Eksekutif baru dicadangkan sebagai pengganti Proton Perdana jenis standard yang kini menjadi kenderaan rasmi pegawai kanan kerajaan.

Wednesday, November 10, 2010

(Gambar) Proton Inspira Dilancarkan

Proton Inspira yang dilancarkan hari ini mencatat prestasi luar jangkaan dari segi tempahan dengan purata lebih 100 unit sehari, justeru meneruskan kecemerlangan prestasi jualan model keluaran PROTON Holdings Bhd (PROTON) sebelumnya seperti Saga dan Exora.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata sehingga semalam, model ditawarkan dengan tiga versi iaitu 1.8 liter dengan transmisi manual lima kelajuan; 1.8 liter dengan transmisi CVT; dan 2.0 liter dengan transmisi CVT itu, sudah mencatatkan jumlah tempahan keseluruhan 1,800 unit sejak ia dibuka pada 14 Oktober lalu.

Friday, October 15, 2010

(Gambar) Model Terbaru Proton Inspira

SHAH ALAM: Proton melancarkan model sedan terbarunya, Inspira pada Khamis. Harga di pasaran bagi model terbaru berkenaan antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelancarannya sepenuhnya dijadualkan pada 10 November ini. Inspira adalah model terbaik hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp. (MMC). Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, model terbaru itu dijangka dapat dijual sebanyak 1,600 unit sebulan. Beliau yakin, Inspira mampu menguasai pasaran kereta segmen C dengan penambahbaikan teknologi Lotus oleh jurutera Proton.