Hairul Azreen membuat kejutan pada program Gegar Vaganza, malam Ahad
apabila melamar kekasihnya Hanis Zalikha, 25, untuk dijadikan sebagai
isteri. Program itu diadakan di Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.
Hairul, 27, muncul di pentas Gegar Vaganza menyertai barisan penari lain
membuat persembahan bersama kumpulan Kristal menerusi lagu Marry Me, nyanyian asal Bruno Mars.
