ad ld

Showing posts with label gambar pegawai bank hsbc didakwa curi duit mangsa mh370. Show all posts
Showing posts with label gambar pegawai bank hsbc didakwa curi duit mangsa mh370. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

Kes Curi Duit Mangsa MH370 Pegawai Bank Dan Suami Didakwa (Gambar)

Seorang pegawai bank HSBC, dan suaminya didakwa di Mahkamah Sesyen pada Rabu terhadap beberapa pertuduhan berhubung pemindahan dan pengeluaran wang berjumlah RM85,180 daripada akaun milik empat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, antara Mei dan Julai lepas.


Nur Shila Kanan, 33, menghadapi 12 pertuduhan manakala suaminya yang juga mekanik, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, berdepan empat pertuduhan. Mereka mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.